landing page 2

EJEN HARTANAH BERDAFTAR

SERVIS EJEN HARTANAH MEMBANTU ANDA MENJUAL DAN MENYEWAKAN HARTANAH ANDA DENGAN SEGERA

EJEN HARTANAH JUAL BELI DAN SEWA HARTANAH.

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MEMILIH EJEN HARTANAH BERDAFTAR.

JOM BERKENALAN DENGAN SAYA

Nama saya NORHISYAM BIN ARIFFIN, Ejen Hartanah Berdaftar dari Transasia Property Consultancy Sdn Bhd.

Berkelulusan dalam Sarjana Muda Pengurusan Hartanah Di Uitm Shah Alam. Saya Pernah bekerja sebagai seorang Penilai di sebuah syarikat swasta hampir 5 tahun. Pada tahun 2012 , saya bertukar kerjaya menjadi Perunding Hartanah Sepenuh Masa di Rescom Realty. Selepas 5 tahun saya di sana berpindah ke agensi baru hingga sekarang iaitu Transasia Property Consultancy Sdn Bhd .

Saya merupakan PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR dengan Lembaga Penilai, Pentaksir , Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEHPH). No pendaftaran saya PEA 1119. Saya aktif di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. 

Di samping itu juga, saya juga adalah PELELONG BERLESEN di Negeri Selangor. Saya aktif membuat lelongan di Pejabat Tanah dan juga Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebagai seorang perunding hartanah sepenuh masa dan seorang pelelong, saya bukan sahaja membantu klien saya menjual dan menyewakan rumah, saya juga merupakan seorang pelabur hartanah. Saya telah membantu ramai pemilik rumah menjual rumah mereka di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. 

 

Insyallah, kali ini saya boleh membantu anda dengan pengalaman saya sebagai perunding hartanah, pelelong dan pelabur hartanah. Hubungi saya sekarang.

mengapa perlu lantik ejen hartanah berdaftar

SITUASI

Anda mempunyai hartanah yang hendak di jual atau di sewakan ? 

Sebelum kita teruskan, pernah tak anda semak harga pasaran anda atau kadar sewa semasa di kawasan hartanah anda? Jika hartanah anda masih mempunyai hutang di bank, pernah tak anda semak penyata baki semasa hartanah itu ? Ini adalah perkara-perkara penting yang anda perlu tahu sekiranya anda ingin menjua latau menyewakan hartanah anda.

Perkara-perkara yang saya sebutkan tadi adalah sangat penting bagi menentukan objektif anda sekiranya anda ingin menjual atau menyewakan hartanah tersebut.Di bawah adalah secara ringkas yang boleh saya kongsikan yang kebiasaannya berlaku pada sesetengah penjual yang tiada pengalaman untuk menjual hartanah dan berkemungkinan akan meyebabkan kerugian atau hartanah itu mungkin tidak dapat di jual mengikut harga yang sesuai.

Contoh Pertama:

JIka anda mempunyai 1 rumah Teres Setingkat dan merancang ingin menjualnya. Tanpa membuat semakan harga, anda menetapkan harga RM250,000 harga jualan. Setelah terjual baru anda perasan yang harga pasaran semasa adalah RM350,000. Anda telah mengalami kerugian sebanyak RM100,000. Banyak kan?

Contoh Kedua : 

Anda mempunyai 1 rumah berkembar di kawasan anda dan merancang ingin menjual. Harga yang ingin di jual adalah RM800,000. Setelah 3 bulan anda iklankan, anda tidak menerima panggilan daripada prospek. Perkara ini biasa berlaku kerana kemungkinan besar harga pasaran semasa rumah anda adalah jauh lagi murah berbanding harga yang hendak di jual. Jika saya sebagai pembeli, saya akan menkaji dan membuat perbandingan harga hartanah di kawasan yang sama. Jika harga pasaran di kawasan tersebut hanya Rm600,000, agak mustahil pihak bank akan memberi pinjaman kepada saya sebanyak RM800,000.

PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR

BERPENGALAMAN

MESRA KLIEN

ANALISA & SEMAK HARGA PASARAN

STRATEGI PEMASARAN BERKESAN

DATABASE DAN NETWORKING

GAMBAR BERKUALITI

PANEL BANKER DAN LAWYER

Gambar di atas adalah senarai rumah yang telah saya jual dan sewakan sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Sekitar Negeri Sembilan.

KHIDMAT NASIHAT PERCUMA  / FREE CONSULTATION

Sekiranya anda bercadang ingin menjual atau menyewakanhartanah anda sekarang, kami berbesar hati menawarkan servis KHIDMAT NASIHAT PERCUMA. Sedikit sebanyak boleh membantu anda bagi memahami dan apa perkara-perkara penting yang anda perlu tahu. di antaranya ialah :

 

  •  Semak Harga Pasaran Terkini Hartanah Anda
  • Membuat Analisa Harga Yang Tepat
  • Penerangan Prosedur & Tempoh Jual Beli Sewa Hartanah Anda
  • Dokumen Yang Perlu Anda Sediakan
  • Cukai Yang Mungkin Akan Di Kenakan
  • Kos-Kos Yang Akan di Tanggung oleh Penjual & Pembeli

JIka berminat dengan servis yang saya taawarkan, anda boleh mengisi maklumat hartanah anda di bawah dan saya akan hubungi anda dalam masa yang terdekat.

Boleh hubungi saya di talian : 016-9265312 

Email : hisyamrealty@gmail.com

Boleh layari website : www.realharta.com